THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Senin, 04 Mei 2009

SEJARAH KIMIA


Asal usul ilmu Kimia
sejarah.gif (97652 bytes) Beratus-ratus tahun dahulu, ahli kimia dikenali sebagai alkimia. Kegiatan mereka adalah tertumpu kepada usaha untuk

rock.gif (1120 bytes) menukar logam yang murah seperti plumbum atau besi kepada emas.
rock.gif (1120 bytes) mencari ubat bagi segala penyakit dan rahsia awet muda.

Mereka telah mencuba tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun, usaha mereka tidak sia-sia, kajian yang mereka lakukan telah membawa kepada penemuan sebatian kimia baru dan cara sintesis beberapa seabtian kimia yang berguna.
Empat Unsur Asas
Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan perubahan kimia. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat unsur asas, iaitu api, air, tanah, dan udara. Keempat-empat unsur itu dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti panas, sejuk, kering, dan lembap.

Wayang gambar "The Fifth Element" adalah cerita yang berkaitan dengan teori empat unsur tersebut.

5unsur.gif (114850 bytes)
Atom
dalton.gif (22615 bytes) Pada tahun 400 S.M. , dua orang ahli falsafah Yunani iaitu Democritus dan Epicurus, telah menegemukakan idea bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil yang disebut atom. Atom bermaksud "tidak terbelahkan" . Konsep ini telah dibincangkan selama beratus-ratus tahun.
Idea atom telah ditimbulkan semula oleh John Dalton, seorang ahli kimia inggeris pada tahun 1808. Beliau telah mengemukakan Teori Atom Dalton.
Teori Atom Dalton :
  1. Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang kecil, yang tidak boleh dibahagi lagi dan dipanggil atom.
  2. Atom todak boleh dicipta atau dimusnahkan.
  3. Atom-atom bagi sesuatu unsur adalah serupa tetapi berbeza daripada atom bagi unsur-unsur lain.
  4. Atom-atom berpadu antara satu sama lain mengikut nisbah nombor bulat yang kecil.

Walau bagaimanapun, beberapa hujah dalam teori beliau telah dibuktikan tidak benar kemudiannya.