SEJARAH KIMIA Asal usul ilmu Kimia | |
![]() | Beratus-ratus tahun dahulu, ahli kimia dikenali sebagai alkimia. Kegiatan mereka adalah tertumpu kepada usaha untuk
|
| Mereka telah mencuba tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun, usaha mereka tidak sia-sia, kajian yang mereka lakukan telah membawa kepada penemuan sebatian kimia baru dan cara sintesis beberapa seabtian kimia yang berguna. | |
| Empat Unsur Asas | |
| Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan perubahan kimia. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat unsur asas, iaitu api, air, tanah, dan udara. Keempat-empat unsur itu dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti panas, sejuk, kering, dan lembap. Wayang gambar "The Fifth Element" adalah cerita yang berkaitan dengan teori empat unsur tersebut. | ![]() |
| Atom | |
![]() | Pada tahun 400 S.M. , dua orang ahli falsafah Yunani iaitu Democritus dan Epicurus, telah menegemukakan idea bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil yang disebut atom. Atom bermaksud "tidak terbelahkan" . Konsep ini telah dibincangkan selama beratus-ratus tahun. Idea atom telah ditimbulkan semula oleh John Dalton, seorang ahli kimia inggeris pada tahun 1808. Beliau telah mengemukakan Teori Atom Dalton. |
Teori Atom Dalton :
Walau bagaimanapun, beberapa hujah dalam teori beliau telah dibuktikan tidak benar kemudiannya. | |




0 komentar:
Posting Komentar